Subscribe:
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK BAWONG 31110 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

Tuesday, 25 September 2012

Halatuju Pendidikan Selepas PMR 2012.....

Pemilihan peluang-peluang untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4 di sekolah-sekolah yang terpilih seperti :
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) / Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) ….atau lebih dikenali sebagai RMC (Royal Military College)
  • Sekolah Menengah Teknik
  • Kolej Vokasional

Buatlah persediaan yang rapi untuk peluang laluan akademik yang terbaik ke arah mencapai cita-cita kerjaya, kerana masa hadapan anda bermula dari sekarang.

Monday, 24 September 2012

TINGKAP JOHARI


Secara ringkasnya, Tingkap Johari atau Johari Window ini adalah satu model untuk menerangkan tentang kesedaran kita tentang personaliti dan sikap kita sendiri serta bagaimana orang lain memandang diri kita. Tingkap Johari dibahagikan kepada 4 tetingkap. Tingkap-tingkapnya adalah Bebas, Tidak Disedari, Tersembunyi dan Tidak Diketahui

TINGKAP 1 (BEBAS) mewakili diri anda yang anda perlihatkan kepada orang lain seperti nama, keluarga, tempat tinggal dan lain-lain. Maklumat-maklumat yang anda kongsi dengan orang lain adalah selamat dan tidak mengancam anda.

TINGKAP 2 (TIDAK DISEDARI) mewakili diri anda yang anda tidak tahu (nafas busuk) dan tidak sedar tapi diseadri oleh orang lain seperti tangkah laku anda, kesan suara atau bahasa yang anda gunakan, gaya berjalan dan lain-lain. Anda tidak dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain akan menilai diri anda daripada apa yang mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan anda.

TINGKAP 3 (TERSEMBUNYI) mewakili diri anda yang anda tidak mahu diketahui oleh orang lain dan anda jaga dengan rapi. Anda tidak suka apabila orang lain cuba cungkilkan. Contohnya perasaan anda terhadap seseorang atau sesuatu, rahsia yang dipendamkan, keinginan anda, angan-angan dan lain-lain. Anda berasa terancam apabila rahsia atau perasaan yang anda pendam cuba dicerobohi oleh orang lain. Anda rela berkongsi maklumat sulit ini jika telah ada kepercayaan.

TINGKAP 4 (TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG) mewakili diri anda yang tidak diketahui. Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawah sedar dan mungkin timbul melalui mimpi, gerak hati atau hypnosis. Hanya Allah SWT yang tahu.

Monday, 10 September 2012

Motivasi Di Ambang Peperiksaan


CERAMAH MOTIVASI DI AMBANG PMR 2012


PROGRAM ZERO 'G' KECEMERLANGAN 
PELAJAR ORANG ASLI 2012

Tuesday, 4 September 2012

PRS 2012

Renungan......


ALAM 9R = 
Alam ROH, Alam RAHIM, Alam RANGKAK, Alam REMAJA, 
Alam ROMANTIK, Alam RUMAHTANGGA, Alam REHAT, 
Alam REPUT dan Alam RASAKAN