Subscribe:
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK BAWONG 31110 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

Saturday, 8 October 2011

TANGGUNGJAWAB PELAJAR


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI  SENDIRI.
- Menjaga kebersihan diri, termasuklah  kebersihan fizikal, mental dan rohani.
- Bersopan,jujur dan amanah.
- Menghargai masa dan menepati masa.
- Berjimat cermat.
- Bersifat sederhana dan tidak sombong.
- Sabar dan bertolak ansur.
- Menghormati hak asasi orang lain.
- Berani dan cekal hati.
- Berdedikasi dan berdikasi.
- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA.
- Taat kepada perintah Tuhan.
- Mempertahankan kesucian agama.
- Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.
- Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.
- Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat. 

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA.
- Menghormati orang-orangtua dan ibu-bapa.
- Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
- - Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi.
- Menjaganamabaikkeluarga.
- Menghormati sahabat / kenalan keluarga.

TANGUNGGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARKAT.
- Tolong menolong dan bekerjasama.
- Menghormati orang-orang yang lebih tua.
- Bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangs a lain.
- Bersefahaman dan sabar.
- Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan.
- Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.
- Memelihara kerukunan hidup berjiran.
- Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH.
- Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah.
- Menghormati guru-guru dan kakitangan.
- Belajar bersungguh-sungguh.
- Menaikkan imej sekolah dalam semua bidang.
- Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral tinggi.
- Bekerjasama dan bersatupadu.
- Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh sekolah.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU:
- Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan.
- Bersopan terhadap guru.
- Bersedia memberi kerjasama dan bantuan.
- Mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama).
- Menjaga perasaan guru.
- Menerima teguran guru dengan positif.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA:
- Mencintai negara dan bersedia untuk  berkhidmat dan mempertahankan negara.
- Mematuhi undang-undang.
- Mengamalkan Prinsip Rukunegara.
- Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
- Menjaga dan menaikkan imej negara .
- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
- Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.

No comments:

Post a Comment