Subscribe:
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK BAWONG 31110 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

Wednesday 7 September 2011

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK MUhibbah


Unit Bimbingan & Kaunseling menawarkan beberapa perkhidmatan di bawah kepada semua warga Muhibbah demi mencapai Visi dan Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :

Ramai di kalangan pelajar menganggap bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan tempat bagi orang yang bermasalah. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. Sebenarnnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah tempat bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan memperbaiki potensi diri. Kami sedia membantu semua warga Muhibbah ke arah kesejahteraan. Kami menawarkan beberapa bentuk perkhidmatan kepada anda termasuk Sesi Kaunseling Individu, Sesi Kaunseling Kelompok dan Sesi Bimbingan Kaunseling. Kebanyakkan sesi yang telah kami jalankan  meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.Di samping itu juga kami juga menawarkan beberapa program yang menyeluruh kepada semua warga Bantura seperti Bengkel Kemahiran Belajar, Kem Pemantapan PRS, Kem Kepimpinan Pengawas dan sebagainya.


Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi. 

Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka  dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.


Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya.


Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru  hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.


Definisi Kaunseling

Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Krumboltz (George & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.


Patterson(1967) dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara  seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan  yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien. 


Carl Rogers dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar  dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu. 


Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab. 


Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya


Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.


Prinsip Kaunseling

  1. Manusia mempunyai harga diri.
  2. Manusia itu unik.
  3. Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.

Proses Kaunseling

  1. Menyediakan pra-sesi
  2. Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
  3. Meneroka dan menganalisis masalah
  4. Mengenalpasti masalah
  5. Membincangkan alternatif
  6. Mengambil tindakan
  7. Menamatkan sesi

Sesi Kaunseling Individu

Picture


Sesi Kaunseling Individu merupakan salah  satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua pelajar. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya. 

Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.


Jenis-jenis Kelompok.

(1) Kelompok Bimbingan.
     Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan  masa, kemahiran belajar, pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.
(2) Kelompok Kaunseling – Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.


Kelebihan Kaunseling Kelompok.

(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.
(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.

Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.


(1) Memberi harapan kpd klien. 
(2) 
Perasaan selamat dan mendapat sokongan. 
(3) 
Kesatuan antara ahli-ahli. 
(4)
 Mempelajari sesuatu dari ahli lain.
(5) 
Pembelajaran interpersonal (perorangan)


Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.

(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan. 
(2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan

(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan

Situasi pengecualian kerahsiaan.

(1) Klien membahayakan diri dan org lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4) Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.

Aktiviti/ Program Kaunseling

1. Perundingan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka, masalah disiplin dan perkembangan kerjaya pelajar. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan pelajar. Kebanyakan guru merujuk pelajar yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin.

2. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP )

Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit Pentadbiran menjalankan beberapa Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDAP) terhadap semua guru dan kakitangan. (Tertakluk pada keperluan Sekolah)

3.Bimbingan PRS

Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Rabu setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian pelajar dan kaunselor). Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan pelajar lain. Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran organisasi, mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya. 

4. KELAB Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD )

Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pkaian Seragam Sekolah Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.



5. Kaunseling Individu dan Kelompok - Jadual Perkhidmatan


            Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Hari / Masa

8.00 – 9.00

9.00 – 10.00

10.00 – 11.00

11.00 – 12.00

12.00 – 2.00

ISNIN
Pengurusan dan Pemantauan
Sesi Kaunseling

R
Sesi Kaunseling
Pengurusan dan Merekod

SELASA
Pengurusan dan Pemantauan
Sesi Kaunseling

E
Sesi Kaunseling
Pengurusan dan Merekod

RABU
Pengurusan dan Pemantauan
Sesi Kaunseling

H
Sesi Kaunseling
Pengurusan dan Merekod

KHAMIS
Pengurusan dan Pemantauan
Sesi Kaunseling

A
Sesi Kaunseling
Pengurusan dan Merekod

JUMAAT
Pengurusan dan Pemantauan
Sesi Kaunseling

T
Pengurusan dan Merekod




6. Program Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011 - PROKAP





KERTAS CADANGAN
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR (PROKAP)
SPM DAN PMR 2011
1.0   Pendahuluan
     Kecemerlangan pendidikan adalah kunci dan asas kepada kejayaan dan hidup masa hadapan. Kecemerlangan keputusan peperiksaan adalah hak mutlak setiap pelajar. Setiap pelajar mampu mencapai keputusan yang cemerlang tetapi oleh kerana mereka tidak mempunyai perancangan dan teknik menghadapi peperiksaan yang betul, mereka akhirnya gagal dalam peperiksaan
     Terdapat juga pelajar yang pintar tetapi gagal dalam peperiksaan dan ada pula pelajar yang tidak begitu pintar semasa di dalam kelas tetapi mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Jadi bagaimana caranya untuk berjaya di dalam peperiksan.
       Kajian ringkas yang telah dijalankan ke atas sebilangan pelajar di beberapa buah sekolah menengah terpilih menunjukkan mereka kurang pendedahan dan kemahiran terhadap teknik belajar dalam menghadapi peperiksaan. Mungkin kekurangan pendedahan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan awan seperti PMR dan SPM tidak begitu baik sebagaimana yang diharapkan.
     Untuk mengatasi masalah yang hampir sama di semua sekolah, maka Jawatankuasa Pelaksana Program Peningkatan Akademik PMR dan SPM 2011 SMK Muhibbah telah bersepakat untuk mengadakan program-program berikut :

1.       Motivasi
2.       Program Jejak Jaya
3.       Program Mentor Mentee
4.       Kelas Tambahan
5.       Kursus Intensif Pembelajaran Mata Pelajaran
6.       Ceramah Teknik Menjawab Soalan
7.       Tuiyen Hujung Minggu
8.       Peperiksaan berfokus 2, 3, 4, dan 5
9.       Perjumpaan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 dengan Pentadbir
10.   Solat Hajat dan bacaan Yasin

Tujuan program-program ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan secara praktikal dan mudah untuk kegunaan pelajar kelas peperiksaan ini

2. Rasional

2.1   Terdapat ramai pelajar tidak bermotivasi untuk mengulangkaji kerana tidak mempunyai
       matlamat untuk berjaya
2.2  Masih terdapat pelajar yang kurang mendapat pendedahan teknik-teknik belajar yang
       berkesan terutamanya bagi kelas

3. Matlamat

3.1 Memberi bimbingan kepada pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan 
      dengan kemahiran teknik belajar yang berkesan
3.2 Mewujudkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan boleh berdikari agar dapat
      mempertingkatkan pencapaian akademik yang lebih baik
3.3 Melahirkan masyarakat pelajar yang sedar tentang peranan dan tanggungjawab diri   
      sebagai pelajar yang akan menempuh peperiksaan dan cabaran-cabaran hidup seterusnya
      berusaha kea rah kejayaan cemerlang

5.  Sasaran

Semua pelajar PMR dan SPM 2011. Butiran lanjut adalah seperti berikut;

Pelajar PMR
Pelajar SPM
Kelas
Jumlah Pelajar
Kelas
Jumlah Pelajar
3 Anggerik
34
5 Anggerik
 18
3 Angsana
34
5 Angsana
18
3 Cempaka
30
5 Cempaka
25
3 Dahlia
32
5 Dahlia
23
3 Teratai
27


Jumlah
157

84

7. Jawatankuasa Induk 
Pengerusi                     : Puan Saniyah bt Abas 
Timbalan  Pengerusi      : Puan Hajah Zuliha bt Sarry 
Naib Pengerusi I           : Encik Kamaruddin bin Abdul Aziz 
Naib Pengerusi II           : Encik Yusof bin Mohd Kassim 
Setiausaha                    : Encik Ahmad Nasaruddin Bin Mohd Noor 
Pen. Setiausaha            : Puan Naizatul Aissah bt Mahmood 
AJK                              : Semua Guru matapelajaran  PMR dan SPM 
                                    : Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM .

8.       Jadual Program

Bil
Program
Tarikh Pelaksanaan
01
Motivasi
3 kali ( Bulan Februari dan Mac 2011)
02
Program Jejak Jaya
Mulai Januari 2011
03
Program Mentor Mentee
Mulai 1 Februari 2011
04
Kelas Tambahan
Mulai 1 Februari 2011
05
Ceramah Teknik Menjawab Soalan
Mulai Bulan Mac 2011
06
Kursus Intensif Mata Pelajaran
Cuti Pertengahan Tahun
07
Tuiyen Hujung Minggu
Bulan September dan Oktober 2011
08
Peperiksaan berfokus 2,3,4,dan 5
Bulan September dan Oktober 2011
09
Perjumpaan Pelajar T3/T5 dgn Pentadbir
3 kali (Februari, Jun, September 2011)
10
Solat Hajat dan bacaan Yasin
Bulan September 2011

·        Perubahan jadual pelaksanaan bergantung kepada masa penceramah dan tarikh peperiksaan percubaan PMR dan SPM. Jawatankuasa boleh membuat perubahan jadual sekiranya terdapat pertindihan waktu pelaksanaan dengan takwim peperiksaan.

11. Penutup

Adalah diharapkan selepas mengikuti program-program inbi pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar, keyakinan diri dan semangat semasa menghadapi peperiksaan agar pencapaian pelajar dapat ditingkatkan. Disamping itu pelajar berkemampuan mengubah sikap yang lebih positif terhadap peperiksaan.
KERTAS KERJA 1
CERAMAH MOTIVASI
PELAJAR PMR DAN SPM 2011

1.0        PENDAHULUAN
          Keprihatinan memainkan peranan terpenting dalam usaha membantu dan membimbing seseorang insan. Justeru itu, atas kesedaran ini Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik SMK Muhibbah Sungai Siput (U), Perak mengorak langkah merancang program membantu pelajar-pelajar PMR dan SPM 2011 dalam merancang dan melaksanakan perubahan diri kearah kecemerlangan pendidikan khususnya dalam menghadapi peperiksaan. Program ini antara lain akan memberi tumpuan awal kepada penerokaan diri pelajar dalam membantu mereka memandu diri dalam membentuk kecemerlangan. Psikologi melihat pemulihan atas kesedaran diri pelajar harus difokuskan pada sasaran minda dan hati mereka – cara berfikir dan sikap. Pelajar bukannya tidak tahu tetapi tidak mahu. Lantas menukar kata hati daripada tak mahu kepada mahu harus dibina dari kesedaran dalaman dan pastinya ianya melibatkan psikologi (jiwa) pelajar itu sendiri.  Kajian dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat menyatakan bahawa 20% kejayaan seseorang itu berdasarkan IQ (kebijaksanaan), namun 80% lagi sebenarnya berpusat kepada EQ (usaha, kegigihan, keazaman dan kesungguhan diri). Lantas muhasabah bermaksud ‘merenung dan melihat kelemahan dan kekuatan diri’ menjuruskan usaha membentuk manusia yang kurang menggunakan akal untuk berfikir dan bertindak malah melebihkan hati (nafsu) dalam menentukan pilihan. Rujukan terbaik adalah dalam Al-Quran , surah At Tin ayat 4 yang bermaksud “ Sesungguhnya Kami yakni Allah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.” Apa yang jelas, membangunkan modal insan menjadi teras kepada usaha membimbing kearah insan kamil yang berjaya dalam kehidupannya di dunia mahupun akhirat. Lantas itu, Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik SMK Muhibbah telah merancang Kursus Motivasi PMR dan SPM 2011 kepada pelajar-pelajar calon peperiksaan dilihat sebagai langkah awal dalam membantu mereka bagi menyiapkan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam menghadapi alam pendidikan.  
2.0        MATLAMAT
        Menyalur maklumat dan ilmu pengetahun berkaitan persediaan diri di samping usaha untuk mengubah persepsi dan tingkahlaku ke arah pembentukan diri yang lebih baik bersasarkan ke arah membentuk diri menjadi insan yang cemerlang untuk diri, agama, bangsa dan negaranya khususnya pelajaran.
3.0        OBJEKTIF
3.1   Memastikan setiap pelajar mempunyai matlamat belajar yang jelas – “Mengapa aku harus belajar”. 
3.2   Membimbing setiap pelajar supaya merancang cara belajar yang lebih teliti dan tersusun. 
3.3 Memberi panduan kepada setiap pelajar supaya bertindak melaksanakan setiap rancangan yang dibuat dengan lebih berkesan. 
3.4 Menyedarkan setiap pelajar tentang kesediaan diri untuk melakukan perubahan sikap dan cara berfikir. 
3.5 Meningkatkan peratus kualiti keputusan cemerlang dan peratus kuantiti kelulusan di dalam peperiksaan PMR dan SPM 2011.

4.0        PELAKSANAAN

TARIKH

MASA

TEMPAT
17 Februari 2011
9.00 pagi  –  11.00 pagi
Dewan Sekolah
24 Februari 2011
9.00 pagi  –  11.00 pagi
Dewan Sekolah
3 Mac 2011
9.00 pagi  –  11.00 pagi
Dewan Sekolah

·         Seminar motivasi ini mengabungkan pelajar-pelajar PMR dan SPM dalam sesi yang sama di semua sekolah-sekolah terlibat

5.0        PENCERAMAH :

Encik Mohd Zaid bin Abu Othman
Guru Kaunseling Cemerlang
SMK Sayong.

6.0        JADUAL TENTATIF

Masa

Aktiviti
08.00 – 09.00 pagi
Taklimat Ceramah
09.00 – 11.00 pagi
Ceramah Motivasi -Matlamat dan Fokus
11.00 pagi
Rehat
           
7.0  SASARAN
TINGKATAN
BILANGAN PELAJAR

Tingkatan 2

158 orang

Tingkatan 3

157 orang

Tingkatan 5

84 orang

8.0       JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN

NAMA
Pengerusi
Puan Saniyah Bt Abas
Pengetua SMK Muhibbah
Naib Pengerusi
Hajah Zuliha binti Sarry
PK Pentadbiran
Setiausaha
Encik Ahmad Nasaruddin Bin Mohd Noor
Guru Kaunseling SMK Muhibbah
Naib Setiausaha
Puan Naizatul Aissah Bt Mahmood
Guru Kaunseling SMK Muhibbah
Ahli Jawatankuasa
Guru Penyelaras Tingkatan 3 dan 5
Guru Tingkatan 3 dan 5

9.0       PERUNTUKAN
Lihat Lampiran Anggaran Perbelanjaan yang disertakan.

10.0     PENUTUP
Penentuan keberkesanan dan kejayaan program ini dilaksanakan bergantung sepenuhnya kepada komitmen semua pihak. ‘Kejayaan atau kegagalan adalah pilihan kita, namun kajian membuktikan sekiranya mereka mampu menukar sikap menjadi rajin dan berusaha secara luar biasa, pastinya mereka merencanakan diri untuk berjaya.’

KERTAS KERJA 2
KELAS BIMBINGAN AKADEMIK
PELAJAR-PELAJAR PMR DAN SPM 2011

1.         Pengenalan
Pada hakikatnya setiap murid mempunyai potensi diri. Seringkali potensi tersebut terselindung dan akhirnya terkubur. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya tidak dapat membantu murid itu mengenali dan meneroka malah membunuh potensi tersebut. Pada akhirnya murid itu akan melihat dirinya serba kekurangan.  Hasil daripada konsep  kendiri yang lemah itu maka tercetuslah pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh dirinya sendiri. Lantaran itu juga, ianya akan mengarah kepada ketidak keyakinan diri dan seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan. Oleh itu, mereka perlu diberikan input yang berbentuk peningkatan keintelektualan bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri selaras dengan kehendak agama itu sendiri. Seterusnya mencapai Kecemerlangan akademik yang diimpikan oleh setiap murid. Sehubungan dengan itu pihak yayasan Sungai Siput telah merancang satu program bagi tujuan merialisasikan impian mereka ini dan seterusnya melahirkan murid yang cemerlang dan berwawasan. Oleh itu usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak adalah penting bagi membimbing murid mencapai matlamat tersebut.

2.         Rasional 
2.1 Pelajar- pelajar mempunyai tahap intelek yang berbeza-beza dan ada sebahagian pelajar tingkatan tiga dan lima kurang menguasai mata pelajaran tertentu di sekolah
2.2  Pelajar – pelajar peperiksaan kurang kemahiran belajar dan kurang bermotivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan

3.         Objektif 
3.1          Memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi cemerlang
3.2          Membantu pelajar yang lambat dan bermasalah dalam pembelajaran 
3.3          Memberi peluang kepada pelajar yang kurang mampu untuk mendapat kelas tambahan

4.         Cadangan Pelaksanaan
Kelas bimbingan akan dijalankan pada setiap minggu bermula pada bulan Februari hingga Oktober 2011. Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Selasa (sekali seminggu) selama dua jam setengah bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang di kelas yang telah ditentukan. Pelajar akan dibahagian mengikut tahap prestasi pencapaian akademik semasa. Kelas ini akan dilaksanakan serentak.

5          Subjek-subjek
            PMR - BM, BI, M3, Sejarah, Sains, KHB, Geografi, Pend. Islam
            SPM - BM, BI, M3, M3 Tamb, Sejarah, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Pend. Islam, Pend. Moral, 
                      Tasawwur, Sains Pertanian, Perdagangan
          
6.         Sasaran  
           Semua pelajar PMR / SPM – SMK Muhibbah
    
7.         Jawatankuasa Pelaksana
            Pengerusi                     :           Puan Saniyah bt Abas
            Naib pengerusi             :           Puan Hjh Zuliha Bt Sarry
            Setiausaha                    :           Encik Ahmad Nasaruddin bin Mohd Noor
            Pen. Setiausaha            :           Puan Naizatul Aissah bt Mahmood  
            Penyelaras SPM           :           Puan Rokinah bt Ramly
            Penyelaras PMR           :           Puan Norhaja bt Mohd Yusof
AJK                              :           Semua guru yang mengajar Tingkatan 3 dan 5

8.         Perbelanjaan  :             Rujuk Lampiran 

9.         Penutup
Usaha mengadakan kelas intelek ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti prestasi pencapaian pelajar SPM dan PMR  2011 dan seterusnya membantu pelajar yang lemah, menghadapi masalah pembelajaran serta kurang berkemampuan agar dapat seiring dengan rakan – rakan lain untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran.

KERTAS KERJA 3
PROGRAM MENTOR MENTEE SPM DAN PMR 2011



















PENGENALAN

             Perkataan Mentor berasal daripada lagenda Greek. Watak Mentor dalam Odyssey sebagai pendidik yang diamanahkan untuk mendidik anaknya ketika dia terlibat dengan peperangan Trojan. Homer (1987, terj. W. Rouse). Sementara Clawson J.G (1980) dalam bukunya Mentoring in Managerial Carriers, menyatakan dalam konteks lagenda Greek ini , pendidikan tidak terhad kepada seni mempertahankan diri tetapi
mencakupi keseluruhan cabang kehidupan-jasmaniah, akliah, semangat , sosial dan perkembangan pentadbiran. Dari konteks lagenda inilah tercetusnya perkataan “mentoring” yang merumuskan kepada kita ,bahawa aspek-aspek pembelajaran dalam mentoring menekankan soal pembangunan personal, mental, sosial dan pengurusan dan
pentadbiran.

Syed Naguib (1978) dalam Islam and Secularism menggunakan “Muaddib” sebagai Mentor. Perkataan Muaddib berasal dari perkataan “adab” dalam bahasa Arab proses muaddib ini sebenarnya ialah proses membentuk protege atau mentee agar dapat melaksanakan pekerjaan atau tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. Beberapa skop pendidikan muaddib atau mentee ini digariskan oleh syed Naguib (1978) seperti berikut:
a) Mendidik budi pekerti
b) Membina kecerdasan akliah
c) Membina kekuatan jasmani
d) Pendekatan secara individu

Sementara Ghazali Ismail (1989) dalam Kajian awal mengenai implikasi program sistem mentor dari persepsi mentor, guru kelas dan mentee merumuskan bahawa sistem mentor merupakan suatu model, pengembang bakat, pembuka jalan, pelindung, penaja dan pembina sikap kepimpinan.

             Nur Aini Yaman (1989) melihat sistem mentoran ini sebagai satu sistem tutorial .Dalam konteks ini mentornya ialah guru-guru di sekolah dan mentee atau protegenya ialah pelajar-pelajar sekolah. Guru-guru ini membimbing pelajar-pelajar yang kadang-kadang dikenali dalam bahasa yang mudah sebagai “anak angkat”. Segala aspek pembelajaran pelajar ini diambil perhatian oleh mentor atau “ibu bapa angkat” . Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru ini dalam proses mentor-mentee di antara guru dan murid ini yang fokus utamanya membimbing, memberi semangat dan mendorong pelajar-pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Program mentor-mentee seperti ini telah banyak menghasilkan kejayaan di beberapa buah sekolah di Malaysia. Komitmen merupakan kunci kepada kejayaan sistem mentor-mentee seperti ini kerana terdapat guru-guru yang bersedia menjalankan proses mentor-mentee ini di luar waktu persekolahan terutamanya apabila program mentor mentee ini dijalankan di luar bandar. Komitmen guru-guru ini terbina apabila melihat murid-murid tadi berlatar- belakangkan status sosio-ekonomi yang rendah.



OBJEKTIF:

1. Menyemai kesedaran, menaikkan  semangat dan menanamkan keyakinan kepada pelajar-pelajar SPM dan PMR supaya menjadi pemangkin kearah mencapai keputusan yang memberangsangkan

2. Membantu meningkatkan peratus kelulusan SPM dan PMR 2011

3. Membantu secara peribadi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah akademik


KUMPULAN SASARAN

            Semua Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5




RASIONAL KUMPULAN SASARAN

           Adalah menjadi hasrat Unit Kaunseling untuk memastikan setiap pelajar dapat dibimbing dan dididik untuk menjadi seorang insan yang baik dan cemerlang sama ada di dalam bidang akademik maupun sahsiah. Selaras dengan hasrat itu, usaha-usaha perlu dilakukan untuk membina dan memupuk sikap-sikap yang positif di kalangan para pelajar.
           Sistem mentor mentee adalah merupakan salah satu usaha yang paling berkesan ke arah mencapai matlamat tersebut. 


GURU-GURU YANG TERLIBAT :

           Semua Guru kecuali Pengetua dan Penolong Kanan

MASA PELAKSANAAN

           2 kali sebulan (18 kali perjumpaan)


TEMPOH PROGRAM
          
           Februari hingga Oktober 2011 ( 9  bulan )
AKTIVITI DALAM PROGRAM
           1.     Sesi Perkenalan
     2.     Bimbingan akademik



JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Puan Saniyah bt Abas
Timbalan  Pengerusi : Puan Hajah Zuliha bt Sarry
Naib Pengerusi I : Encik Kamaruddin bin Abdul Aziz
Naib Pengerusi II : Encik Yusof bin Mohd Kassim
Setiausaha : En. Ahmad Nasaruddin Mohd Noor
Pen.Setiausaha: Pn Naizatul Aissah bt Mahmood
AJK : Semua Guru Kanan








TUGAS GURU MENTOR

Seorang mentor mempunyai 4 – 6 mentee di bawah pengawasannya. Diantara tugas dan peranan mentor adalah seperti berikut :

TUGAS UMUM
  1. Melaksanakan tugas sebagai pembimbing peribadi                                          
  2. Mengemaskini butiran peribadi mentee                   
  3. Menilai perkembangan dan kemajuan mentee
  4. Peka terhadap perkembangan peribadi mentee
  5. Menanam dan memupuk kesedaran sivik di kalangan mentee

TUGAS AM
  1. Mengadakan pertemuan dengan mentee dan membincangkan aktiviti yang disediakan
  2. Sentiasa memberi semangat untuk belajar secara peribadi
  3. Membantu mentee secara peribadi. Contoh membeli buku rujukan
  4. Sentiasa mengambil berat akan persiapan mentee menghadapi peperiksaan
  5. Membuat laporan ringkas setiap kali selesai pertemuan Mentor-Mentee.
  6. Membuat kunjungan ke rumah mentee sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh program ini (jika perlu)



 “ MENTOR DIHORMATI MENTEE DISAYANGI”


KERTAS KERJA 4             
KERTAS CADANGAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR & SPM
 TAHUN 2011

1.    Pendahuluan
Peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan beberapa kelayakan  khususnya di dalam bidang akademik. Lambakan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam sesuatu  matapelajaran memberi cabaran kepada setiap pelajar untuk bersaing secara sihat. Pelajar perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai teknik sebelum menghadapi peperiksaan. Sikap bergantung sepenuhnya dengan bacaan semata-mata tanpa memikirkan teknik yang berkesan boleh meminimakan  peluang untuk cemerlang dalam subjek tertentu. Justeru, satu kursus telah dirangka oleh Yayasan Sungai Siput dengan  kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk  mendedahkan  para pelajar mengenai kaedah tertentu untuk   meraih kecemerlangan  dalam PMR dan SPM.

2. Rasional
2.1   Sebahagian pelajar hanya membaca dan membuat latihtubi tanpa memikirkan  kaedah  terbaik untuk   
        menguasai subjek.
2.2   Sebahagian pelajar menghabiskan  masa yang banyak dengan menelaah tetapi hasilnya kurang
        memuaskan kerana tidak peka dengan kehendak soalan.
2.3     Sebahagian pelajar tidak mempunyai sumber soalan yang terkini sebagai rujukan dalam menghadapi
        peperiksaan.

3. Objektif
3.1 Meningkatkan kemahiran menguasai soalan berbentuk kritis dan kreatif (KBKK).
3.2 Membantu pelajar menggunakan masa ulangkaji yang lebih efektif dan menjimatkan.
3.3 Memberi pendedahan  kepada para  pelajar tentang  teknik-teknik menjawab soalan  yang berkesan.

4. Cadangan Pelaksanaan
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik SMK Muhibbah 2011 akan melaksanakan bengkel mengikut keperluan subjek tertentu. Masa yang dicadangkan  pada bulan  Mac hingga April 2011. Anggaran masa bagi setiap sesi adalah selama 2 jam. Topik ceramah adalah fokus kepada kaedah menjawab soalan dan memahami kehendak soalan, disusuli latihan menjawab soalan tertentu di akhir slot.Setiap panitia matapelajaran bebas menentukan  penceramah yang berkelayakan dan berpengalaman  untuk setiap bengkel.

5.  Sasaran
Semua pelajar PMR dan SPM

6. Matapelajaran terlibat
Matapelajaran PMR
Matapelajaran SPM


1         Bahasa Malaysia
2.       Bahasa Ingggeris
3.       Matematik
4.       Sains
5.       Sejarah
6.       Geografi
7.       KHB
8.       Pendidikan Islam


1.       Bahasa Malaysia
2.       Bahasa Inggeris
3.       Matematik
4.       Sains
5.       Sejarah
6.       Biologi
7.       Fizik
8.       Kimia
9.       Tassawur Islam
10.   Sains Pertanian


7. Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi                     : Puan Saniyah bt Abas
Naib Pengerusi             : Puan Hajah Zuliha bt Sarry
Setiausaha                    : Encik Ahmad Nasaruddin Bin Mohd Noor
Pen. Setiausaha            : Puan Naizatul Aissah bt Mahmood
AJK                               : Guru matapelajaran  PMR dan SPM  
                                     : Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM .

8. Perbelanjaan
Sila lihat Lampiran

9.  Penutup
Usaha dan komitmen daripada semua yang terlibat dalam  bengkel  ini diharap dapat mencapai objektif pelaksanaannya.Semoga para pelajar dapat  menguasai kaedah yang diberi dengan baik di samping memperoleh keputusan yang cemerlang. Hal ini secara tidak langsung membantu sekolah mencapai peningkatan peratus  lulus cemerlang dalam PMR dan SPM.
                       KERTAS KERJA 5
KURSUS INTENSIF PEMBELAJARAN
BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU, MATEMATIK,
SAINS/ MATEMATIK TAMBAHAN DAN SEJARAH
PELAJAR PMR DAN SPM 2011

1. PENDAHULUAN:
    Bengkel/kursus Intensif Pembelajaran merupakan satu program yang dirangka khas berkaitan pemupukan semangat kesedaran diri dan strategi belajar berkesan bagi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan Sejarah. Program ini bertujuan membantu meningkatkan prestasi dan kualiti keputusan PMR dan SPM 2011. Program ini akan dipenuhi dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan strategi yang mungkin berlainan seperti di dalam kelas. Aktivitinya adalah meliputi  latihan dalam kumpulan, persembahan daripada pelajar, simulasi, sumbang saran dan sebagainya. Fasilitator yang berpengalaman akan membimbing pelajar ini. Dengan kata lain, aktiviti yang disusun atur di dalam program ini lebih sistematik dan komprehensif.

2. MATLAMAT
2.1    Menyediakan satu platform yang terancang dan tersusun bagi membantu pelajar PMR dan SPM dalam mengulangkaji pelajaran
2.2    Pelajar dapat menguasai soalan berbentuk kemahiran berfikir dan meningkatkan penguasaan terhadap topik yang dipelajari.

3. OBJEKTIF

3.1.    Mengukuhkan ingatan pelajar terhadap fakta-fata yang telah dipelajari
3.2.    Meningkatkan kesedaran mengulangkaji tajuk-tajuk penting demi mencapai keputusan yang cemerlang
3.3.    Melatih pelajar berfikir dengan cepat dan pantas
3.4.    menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pelajar berfikir dan belajar

4.          KUMPULAN SASARAN
     144 pelajar SPM 2011
      95 pelajar PMR 2011

5.          TARIKH TENTATIF

Kursus ini akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Kursus
Kursus Intensif BM,BI,Matematik,
Sejarah & Sains PMR 2011
Kursus Intensif BM,BI, Matematik, Sejarah & Sains/Matematik Tambahan SPM 2011


Tarikh

28 Mei - 1 Jun 2011

28 Mei - 1 Jun 2011

Masa

8.00 Pagi – 1.00 Tengahari

8.00 Pagi – 1.00 Tengahari


6.          KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS

6.1 Kaedah Penyampaian
6.1.1 Ceramah Mata pelajaran
6.1.2 Latihan Menjawab Soalan

6.2    Personalia
6.2.1 Penceramah
6.2.2 Guru mata pelajaran

7. JAWATANKUASA PELAKSANA:
  
Pengerusi                      : Pn. Saniyah bt. Abas
                                         (Pengetua SMK.Muhibbah)
Naib Pengerusi             : Pn. Hjh Zuliha bt. Sarry
Setiausaha                     : Encik Ahmad Nasaruddin bin Mohd Noor
Naib Setiausaha            : Puan Naizatul Aissah binti Mahmood  
AJK                                : Penyelaras Tingkatan 3 dan 5
                                          Semua Guru Yang Mengajar Mata Pelajaran Berkaitan
                                          Setiausaha Peperiksaan PMR & SPM

8.0 JADUAL TENTATIF KURSUS INTENSIF PMR DAN SPM 2011

TARIKH/HARI
MASA
AKTIVITI


28 Mei 2011
Sabtu
8.00 10.30 Pagi
Ceramah (Bahasa Melayu)
10.30 – 11.00 Pagi
Minum Pagi
11.00 – 1.00 Tghari
Bengkel
1.00 Tghari
Bersurai

29 Mei 2011
Ahad
8.00 10.30 Pagi
Ceramah (Bahasa Inggeris)
10.30 – 11.00 Pagi
Minum Pagi
11.00 – 1.00 Tghari
Bengkel
1.00 Tghari
Bersurai

30 Mei 2011
Isnin
8.00 10.30 Pagi
Ceramah (Matematik)
10.30 – 11.00 Pagi
Minum Pagi
11.00 – 1.00 Tghari
Bengkel
1.00 Tghari
Bersurai

31 Mei 2011
Selasa
8.00 10.30 Pagi
Ceramah (Sains/ Matematik Tambahan)
10.30 – 11.00 Pagi
Minum Pagi
11.00 – 1.00 Tghari
Bengkel
1.00 Tghari
Bersurai

1 Jun 2011
Rabu
8.00 10.30 Pagi
Ceramah (Sejarah)
10.30 – 11.00 Pagi
Minum Pagi
11.00 – 1.00 Tghari
Bengkel
1.00 Tghari
Bersurai


09. PENUTUP
Program ini diharap dapat memberikan input yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar khususnya sebagai persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tiba demi masa depan mereka. Semoga mereka berjaya mencipta kecemerlangan.
KERTAS KERJA 6
PROGRAM JEJAK JAYA (PJJ) 2011
1.         RASIONAL
Program Jejak Jaya 2011 adalah satu program yang berfokus kepada kerja rumah yang terancang yang bermatlamat ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan membantu subjek-subjek utama yang terdapat di dalam peperiksaan awam. Justeru itu, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik 2011 telah bergabung usaha bersama dengan semua Panitia Mata Pelajaran untuk menggubal soalan-soalan latihan setara subjek-subjek utama peperiksaan PMR. bagi diberikan kepada pelajar untuk dijawab di rumah mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.. Para pelajar seterusnya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan khas iaitu penggunaan fail bagi menyimpan semua tugasan yang dibekalkan oleh guru dan disimpan di dalam kelas masing-masing untuk tujuan rujukan dan panduan. Ini akan dapat menjadikan pengurusan pembelajaran pelajar akan lebih tersusun dan kelihatan kemas..

2.         Objektif
            2.1. Melahirkan pelajar yang bijak didalam pengurusan pembelajaran.
            2.2. Bersikap positif dan terbuka dalam menyiapkan semua tugasan yang diberi
            2.3  Mengelakkan diri dari terjerumus dalam kancah keruntuhan moral ekoran 
      dari kegagalan mengawal aktiviti luar yang tidak berfaedah.  

3.         Tema
“ Pengurusan Tersusun, Pelajar Cemerlang ”

4.         Kumpulan Sasaran
4.1       Pelajar Tingkatan 2                  158 orang
4.2       Pelajar Tingkatan 3                   157 orang


5.         Aktiviti
5.1       Latihan Kerja Rumah
5.2       Penggunaan Fail Peribadi

6.         Jawatankuasa Program
Pengerusi                      :           Pn. Saniyah bt Abas (Pengetua)
Naib Pengerusi             :           Pn. Hajah Zuliha Bt Sarry
Setiausaha                    :           En Ahmad Nasaruddin b.Mohd Noor
Bendahari                     :           Pn. Naizatul Aissah bt Mahmood
Ahli Jawatankuasa        :           Semua Guru Matapelajaran

7.         Kewangan.
Lihat Lampiran yang disertakan

8.         Penutup
Adalah diharapkan semoga aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan
lancar serta memberi faedah kepada semua pelajar.  Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.                                                              
KERTAS KERJA 7
PEPERIKSAAN BERFOKUS 2011
Tajuk Program:    ‘To Be The Top’ (TOP)
                                     PROGRAM 2T2T

1.      Matlamat: 
         Untuk mewujudkan satu mekanisma penggerak bagi membudayakan penilaian sepanjang masa guru-guru dan murid-murid supaya dapat menjadikan sekolah yang terbaik di dalam daerah Kuala Kangsar dan negeri Perak.
               
                   2.    Rasional :
                          i. Perancangan ujian berfokus subjek-subjek utama di peringkat Menengah Rendah (Tingkatan 2 & 3 ) dan Menengah Atas ( Tingkatan 4 & 5 ) dipercayai dapat meningkatkan prestasi matapelajaran utama murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti.
                         ii. Setiap orang murid mempunyai potensi serta kemampuan untuk menguasai matapelajaran utama. Guru perlu membantu mereka menilai pencapaian diri seawal mungkin.
                        iii. Murid-murid kurang mendapat peluang bimbingan maksima dalam mengesan kelemahan diri untuk mencapai kecemerlangan.  Oleh itu usaha-usaha perlu segera dimulakan ke arah membantu pelajar mengesan kelemahan diri.
                        iv. Para guru perlu dibudayakan dengan mengamalkan penilaian sepanjang masa kepada murid-muridnya.

             3.      Objektif:
                          i.Meningkatkan komitmen guru  dalam membantu panitia matapelajaran  dalam meningkatkan pencapaia akademik sekolah melalui siri ujian berfokus
                          ii.Sekolah sebagai institusi pelaksanaan program dapat mempastikan agenda program 2T2T berjalan dengan baik dan licin di peringkat kelas bagi menunjukkan kemajuan.


4.    Strategi Pelaksanaan
Memastikan minima 2 / 3 set ujian berfokus dijalankan untuk pelajar mengikut format peperiksaan yang sebenarnya.    

5.       Sasaran pelajar
Tingkatan
Jumlah pelajar
Tingkatan 2
158 orang
Tingkatan 3
157 orang
Tingkatan 4
139 orang
Tingkatan 5
85 oran

6.      Tarikh Pelaksanaan
Tingkatan
Tarikh
Tingkatan 2
4 Oktober 2011 dan sebelum PAT
Tingkatan 3
Sebelum dan Selepas Peperiksaan Percubaan
Tingkatan 4
4 Oktober 2011 dan sebelum PAT
Tingkatan 5
Sebelum dan Selepas Peperiksaan Percubaan

7.      Bentuk Pelaksanaan
                             i.Waktu Peperiksaan dijalankan serentak mengikut jadual yang ditetapkan.
                            ii.Ujian berfokus dijalankan 2 kali antara bulan Oktober - November 2011
                           iii.Setiap jawapan akan disemak oleh guru mata pelajaran.
                           iv.Jawapan dibincang di dalam kelas dan di”reseat” semula jika perlu

8.     Perbelanjaan – Rujuk Lampiran


9.    Penutup
Harapan semoga perjalanan program ini dapat disempurnakan dengan  jayanya dan menampakkan impak yang maksima bagi kecemerlangan akademik  pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah . 

KERTAS KERJA 8
PROGRAM PERJUMPAAN PENGETUA DENGAN PELAJAR   
SPM DAN PMR 2011

















Pengenalan
           
        Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.
        Oleh yang demikian, peranan pengetua dalam menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang hendaklah memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik, menyusun dan menetapkan strategi pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah), kerap menilai pencapaian akademik pelajar, menyelaras program pengajaran; dan membantu dan memberi semangat kepada para guru. Bagi memastikan kecemerlangan akademik para pelajar, program perjumpaan pengetua dan pelajar PMR dan SPM 2011 telah dilaksanakan bagi memastikan peranan pengetua amat penting dan menjadi penentu utama terhadap kecemerlangan sekolah. Beliau juga mengungkapkan bagaimana pengetua menggunakan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan peranan dan kepimpinan ini untuk melaksanakan beberapa tindakan dalam mengubah persepsi dan pemikiran setiap warga sekolah terutamanya  para pelajar ke arah kecemerlangan.




Objektif

i.                     Memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM
ii.                   Memastikan pelajar mempunyai persediaan mental,fizikal dan rohani bagi memantapkan lagi proses pembelajaran di dalam kelas
iii.                  Memastikan pelajar dapat memperolehi keputusan A dalam PMR dan SPM pada tahun 2011

Tarikh Pelaksanaan

Januari hingga Oktober 2011


Sasaran

Semua Pelajar Tingkatan 3 dan 5
Pelajar Kelas 3 Anggerik dan 5 Anggerik





Jawatankuasa Induk

Pengerusi                      : Puan Saniyah bt Abas
Timbalan  Pengerusi      : Puan Hajah Zuliha bt Sarry
Naib Pengerusi I           : Encik Kamaruddin bin Abdul Aziz
Naib Pengerusi II          : Encik Yusof bin Mohd Kassim
Setiausaha                    : Encik Ahmad Nasaruddin Mohd Noor
Pen. Setiausaha            : Puan Naizatul Aissah bt Mahmood
AJK                             : Semua Guru PMR dan SPM 
                                    : Setiausaha Peperiksaan PMR / SPM




Aktiviti

i. Pertemuan bersemuka antara pentadbir dan pelajar

ii.Sesi sumbangsaran akan diberikan setiap kali perjumpaan diadakan

iii.Perbincangan akan dibuat antara pentadbir dan pelajar untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar




Penutup

Diharapkan program ini memberi impak kepada para pelajar :

i.Pelajar dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan dan  motivasi diri

ii.Pelajar diberi kata-kata nasihat dan perangsang untuk mencapai cemerlang





KERTAS KERJA 9
TUISYEN HUJUNG MINGGU
BAGI PELAJAR PMR DAN SPM 2011

1.0        PENDAHULUAN
Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap murid. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, ianya bukan sahaia memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih dan berterusan tetapi juga memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Ini  adalah penting dalam usaha semua pihak terutamanya guru-guru dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid untuk mencapai matlamat tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa  Kecemerlangan Akademik SMK Muhibbah 2011 telah merancang satu program tuisyen hujung minggu bagi tujuan merealisasikan matlamat untuk melahirkan murid cemerlang dan berwawasan..  

2.0        MATLAMAT
2.1   Membantu pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan mengukuhkan lagi kefahaman mereka secara terbimbing.
2.2   Memberi peluang kepada pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas tuisyen.

3.0        OBJEKTIF
3.1   Menyediakan pelbagai latihan sebagai latih tubi menghadapi peperiksaan awam (PMR dan SPM)
3.2   Membantu pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran
3.3   Meningkatkan mutu kualiti pencapaian keputusan peperiksaan pelajar
3.4   Mendapatkan kejayaan 100 % dalam semua mata pelajaran

4.0        PELAKSANAAN
Dijalankan setiap hujung minggu mulai bulan September hingga Oktober 2011. Kelas diadakan pada setiap hari Sabtu bermula dai pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan (kelas) mengikut prestasi pencapaian akademik semasa.


5.0        JADUAL TENTATIF
MASA
MATA PELAJARAN
 08.00 - 10.00 pagi
BAHASA INGGERIS/ SAINS/MATEMATIK /MATE. TAM
10.00 - 10.30 pagi
REHAT
10.30 - 12.30 pagi
BAHASA INGGERIS/SAINS/MATEMATIK/ MATE TAM

6.0        SASARAN

BILANGAN PELAJAR PMR

BILANGAN PELAJAR SPM

70 orang

40 orang

7.0       JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN

NAMA
Pengerusi
Puan Saniyah Bt Abas
Pengetua SMK Muhibbah
Naib Pengerusi
Hajah Zuliha binti Sarry
PK Pentadbiran
Setiausaha
Encik Ahmad Nasaruddin Bin Mohd Noor
Guru Kaunseling SMK Muhibbah
Naib Setiausaha
Puan Naizatul Aissah Bt Mahmood
Guru Kaunseling SMK Muhibbah
Ahli Jawatankuasa
Buru Penyelaras Tingkatan 3 dan 5
Guru Tingkatan 3 dan 5

8.0       PERUNTUKAN
Lihat Lampiran Anggaran Perbelanjaan yang disertakan.

10.0     PENUTUP
Diharapkan usaha mengadakan kelas tambahan ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar yang kurang berkemampuan seiring dengan rakan-rakan lain yang berpeluang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara terpimpin di luar waktu persekolahan                    

KERTAS KERJA 10
MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN 
PMR DAN SPM 2011





PENGENALAN


Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat adalah merupakan satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah SWT  supaya membantu  para pelajar PMR dan SPM untuk menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan


RASIONAL


Penganjuran majlis seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian selain usaha yang berterusan dari guru-guru dan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat



 MATLAMAT


1.  Memberikan kesedaran betapa perlunya
     memohon kepada tuhan selain usaha kita 
     sendiri
2.  Membina budaya berdoa kepada Allah.
3.  Dapat menyelami kekuatan dan kelemahan diri.



OBJEKTIF

1. Mendedahkan pelajar kepada cara memohon 
   bantuan daripada Allah S.W.T.
2. Memupuk rasa cinta kepada ibadah
3. Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat  
    hajat


KUMPULAN SASARAN

Semua ibu bapa dan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5


MASA PELAKSANAAN

         HARI :               Khamis
        TARIKH :           22 September 2011
        MASA:                3.00 – 5.00 petang
        TEMPAT :          Surau Asrama




METODOLOGI

1. Solat Asar berjemaah
2. Bacaan Yassin
3. Solat Hajat
4. Ceramah







SENARAI JAWATANKUASA




AHLI JAWATANKUASA

Penasihat     : Puan Saniyah binti Abas  
( Pengetua)

Yang Dipertua PIBG

Pengerusi     :  Puan Hajah Zuliha binti Sarry 
( GPK 1 )

Setiausaha   : Pn Naizatul Aissah bt Mahmood

Bendahari    : Cik Raja Nirwani bt Raja Lop Badri

Ahli Jawatankuasa Kerja :

Semua Guru Panitia Pendidikan Agama Islam



SUMBER KEWANGAN
Sumbangan PIBG – RM 400.00
 PMR – 66 pelajar = RM 3.00 x 66 = RM 198.00
SPM – 43 pelajar = RM 3.00 x 43 = RM 129.00
Ibubapa – 50 orang = RM 3.00 x 50 = RM 150.00
JUMLAH : RM 477.00
Sumbangan Ibubapa : RM 77.00


PENILAIAN


Laporan bertulis dan pemerhatian


Anggaran Perbelanjaan Program Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011


01

MOTIVASI

JUMLAH
Bayaran Penceramah
3 kali x RM 150.00
RM     450.00

02

KELAS TAMBAHAN

PMR
8 m/pel  X  RM.0.50  X  5 kali  X  157 pelajar
RM  3 140.00
SPM
8 m/pel  X  RM.0.50  X  5 kali  X    85 pelajar
RM  2 125.00

03

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

PMR
  8 m/pel  X  RM.0.50  X  157 pelajar
RM     628.00
SPM
10 m/pel  X  RM.0.50 X     85 pelajar
RM     425.00
Bayaran Penceramah
18 orang  X  RM 100.00
RM  1 800.00

04

INTENSIF MATA PELAJARAN

PMR
5 m/pel  X RM 1.00  X  157 pelajar
RM     785.00
SPM
5 m/pel  X RM 1.00  X   85 pelajar
RM     425.00

05

PROGRAM JEJAK JAYA

Tingkatan 2
158 pelajar  X  RM 0.50  X  8 kali
RM  5 056.00
PMR
157 pelajar  X  RM 0.50  X  8 kali
RM  5 024.00

06

TUISYEN HUJUNG MINGGU

PMR
4 m/pel  X  RM 0.50  X   4 kali  X  70 pelajar
RM     560.00
SPM
4 m/pel  X  RM 0.50  X   4 kali  X  40 pelajar
RM     320.00

07

MENTOR MENTEE

PMR
RM 3.00  X   157 pelajar
RM     471.00
SPM
RM 3.00  X     85 pelajar
RM     225.00
MENTOR
RM 3.00  X     56 pelajar
RM     168.00

08

PEPERIKSAAN BERFOKUS

Tingkatan 2
RM 1.00  X  158
RM     158.00
Tingkatan 3
RM 1.00  X  157
RM     157.00
Tingkatan 4
RM 1.00  X  139
RM     139.00
Tingkatan 5
RM 1.00  X    85
RM       85.00

09

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

PMR dan SPM
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
RM    400.00

10

PERJUMPAAN PENTADBIR DENGAN PELAJAR


Tiada Perbelanjaan Disediakan




JUMLAH KESELURUHAN

RM 22 141.00