Subscribe:
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK BAWONG 31110 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

Wednesday 21 March 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2011 SMK Muhibbah


PELAJAR MUHIBBAH TERBAIK 
SPM 2011

 THEEPA A/P SUBRAMANIAM ( 8A, 1B )
  SAFIAHTUL LAINI BT SHABRY ( 8A, 2B )
DASHANI A/P SUKUMARAN (  7A,  2B ) 
 ANIS SYAZWANI BT SALMAN ( 6A, 4B )
NURUL AZIMAH BT MOHD AZIZUDDIN ( 6A, 1B ) 
NUR FAKHIRA BT ADNAN ( 6 A, 3 B )
NUR SYAZWANI BT ZAKERIA ( 5A, 3B )
SATIS KUMAR A/L SUBRAMANIAM ( 5A, 1B )
MOHAMED ISKANDAR MOHAMED FUAD ( 5A, 3B )
CHANTIRA SEGARAN A/L MUNIANDY ( 5A, 4B )

PELAJAR ASLI TERBAIK

AMIK BINTI ASOD ( 4A, 1B )
 JURIANA BINTI HALIM ( 4A, 2B )
DHALIA BT DOLAH ( 3A, 4B ) 
Congratulations…CongratulationsCongratulations….


Thursday 15 March 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012


Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012 akan diadakan pada awal tahun 2012. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai karnival JOM MASUK U 2012. Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik,TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013. 

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012
Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.    

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012

Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh Lokasi
14 – 15 Januari Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 Januari Terengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 Februari Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
11 –12 Februari Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 Februari Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
25 – 26 Februari Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 Mac Port Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 Mac Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 Mac Kuala Kangsar, Perak
24 – 25 Mac PERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 April MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor
Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. 
Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pameran Pendidikan
Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri. Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.