Bajet 2012: Yuran pendidikan sekolah rendah, menengah dimansuh
October 07, 2011

“Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan,” kata beliau.
Bajet 2012: Kakitangan awam dapat tambahan bonus setengah bulan
October 07, 2011

Bayaran bantuan RM500 juta akan dibayar kepada pesara kerajaan. Jumlah yang sama dibayar kepada mereka pada Ogos lalu.
“Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
“Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara kerajaan,” kata beliau ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat.
Katanya, bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta kakitangan awam serta 618,000 pesara kerajaan.
“Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja RM4 bilion,” katanya.
No comments:
Post a Comment